PERTUNAGAN???
adalah sama seperti kontrak...
ia merupakan perjanjian diantara dua pihak.namun ramai yg diantara kita tidak yang tidak sedar yang kita telah pun bertunang atau mempunyai tunang perkara ini acap kali berlaku..mungkin ada diantara kita tertanya-tanya dan hairan,,mungkin juga ada yang menafikannya..Oleh itu, teruskan lah membaca...anda mungkin akan merubah persepsi anda.
Sehubungan dengan perkara diatas,remaja masa kini sering dikaitkan dengan percintaan..tidak kisah lash sama ada cinta monyet,cinta buta mahupun cinta mati..apabila bercinta kita pasti dia adalah milik kita ..."tiada yang lain hanya kau yang satu di hati ku",.pelbagai ungkapan dizahirkan untuk meyakinkan pasangan masing-masing...setiap bait kata-kata akan disemai dengan rasa sayang..yang penuh keikhlasan dari sukma insan yang mencintai...
Di dalam kontrak,perlu ada pihak yang melakukan tawaran dan seterusnya disambut dengan penerimaaan dan ianya akan dianggap sebagai balasan.Seterusnya,kita dapat lihat perjanjian wujud diantara dua pihak yang dikatakan sebagai kontrak..
Dalam konteks pertunangan ia adalah meluas antaranya adalah ,."Khitbah" (Bahasa Arab), manakala "bertunang" (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada "az-zawaj" (Bahasa Arab) manakala nikah atau kahwin (Bahasa Melayu). Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Faedahnya ialah khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk 'at-ta'arruf ' berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.
"Khitbah" juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.(Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq).
"Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak"bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar ( to reserve or booking) makhtubah(tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu.
Hukum khitbah ini adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie(sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat". Dan Dr. Abd. Karim Zaidan(sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukum "al-istihbab / sunat" ini lebih aula(utama / baik) dari hukum "harus" tadi.
Dr. Wahbah zuhaili mendefinisikan, pertunangan merupakan menyatakan keinginan untuk berkahwin dengan perempuan tertentu, dan mengetahui perempuan itu atau walinya mengenai pertunanagn tersebut.Ini bermaksud dengan melafazkan kehendak kita untuk memiliki seseorang kita telahpun bertunang denganya... sedar atau tidak itu adalah hakikatnya.fenomena ini telah terjadi kepada majoriti pasangan yang sedang hangat cinta menyintai antara satu sama lain.
Konklusinya,saya sebagai hamba Allah S.W.T yang jahil serta hina hanyalah meyatakan pendapat dan hendak berkongsi pendapat.Seandainya mempunyai keralatan itu adalah salah dan silap saya..sesungguhnya hubungan yang baik adalah berteraskan al-quran dan berlandaskan ajaran islam...jika kita benar-benar menyayangi seseorang itu jangan lah kita mudah untuk melabuhkan hati kita ke hatinya ...berikanlah sedikit ruang kepadaNya (ALLAH S.W.T.) agar apa sahaja yang kita lakukan memperolehi keberkatan....AMIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment