Tuesday, December 28, 2010

kelemumur..

PUNCA KELEMUMUR??


# Kulit kering - punca biasa yang menyebabkan kegatalan dan kulit berkeruping.

# Kulit gatal dan berminyak - menyebabkan kulit bertanda kemerahan dan berminyak.
# Kurang bersyampu
# Masalah kulit seperti psoriasis
# Ekzema pada kulit kepala
# Sensitif pada bahan kimia yang digunakan dalam syampu rambut
# Perubahan hormon
# Tekanan
# Masalah neurologi


      Kelemumur terjadi apabila berlaku peningkatan dalam penghasilan sel-sel baru pada lapisan basal, kecepatan penghasilan sel-sel baru berlaku pada setiap tujuh hari. Dengan tempoh masa yang singkat ini sel-sel yang sedia ada tidak sempat matang, akhirnya keluar daripada kulit kepala menjadi serpihan-serpihan putih tanpa proses pengeringan dan terpisah secara semula jadi daripada lapisan epidermis. Serpihan-serpihan putih yang kelihatan ini dikenali sebagai kelemumur
           Pembentukan kelemumur ini mempunyai kaitan dengan proses penggandaan suatu mikroorganisma berbulu yang dikenali sebagai Malassezia furfur yang bertindak sama ada secara langsung atau menerusi lebihan penghasilan minyak, penghasilan bahan pepejal yang membuatkan kulit kepala gatal dan akhirnya mengakibatkan penggandaan proses penggantian sel-sel baru. Mereka yang mengalami masalah kelemumur yang berpanjangan turut mengalami penipisan lapisan epidermis atas dengan mempunyai sebanyak 10 lapisan berbanding 25 hingga 35 pada kulit kepala yang sihat.
          Namun ada juga pendapat yang mengatakan kelemumur berpunca daripada faktor genetik yang dipengaruhi oleh hormon androgen. Kelemumur amat jarang berlaku kanak-kanak dan biasanya menyerang orang dewasa sekitar usia 50-an.
          Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh satu badan penyelidik sektor pembuatan produk-produk kosmetik, terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab berlakunya kelemumur. Namun yang paling ketara ialah terdapat sejumlah koloni mikroorganisma atau yis yang dikenali sebagai Malassezia furfur atau Pityrosporum ovale. Bentuk Malassezia furfur pada kulit kepala yang sihat adalah seperti flora dan berfungsi sebagai pelindung kepada kulit kepala. Namun, daripada kajian saintis, apabila kelemumur berlaku jumlah mikroorganisma ini turut bertambah dengan banyaknya.
          Penghasilan sebum lebih memburukkan lagi keadaan kulit kepala yang diserang kelemumur kerana sebum adalah sumber makanan mikroorganisma Malassezia furfur. Selain itu, terdapat faktor penyebab lain seperti stress, diet yang tidak seimbang dan pertukaran hormon.


Masalah Yang Biasa Tapi Kompleks


       Kelemumur merupakan masalah kebanyakan penduduk negara ini. Daripada kajian yang dilakukan mendapati 39 peratus rakyat Malaysia atau dengan kata lain setiap seorang daripada dua orang rakyat negara ini mengalami masalah kelemumur sejak tiga bulan yang lalu! Walaupun kita sedia maklum masalah kelemumur dapat diatasi dengan penggunaan produk-produk tertentu tetapi ia menjadi masalah besar kepada wanita yang takut keguguran rambut yang serius dan masalah kulit yang memalukan berbanding dengan kaum lelaki yang hanya bimbang tentang kehilangan rambut mereka.
      Hasil kaji selidik mendapati sebanyak 40 peratus masalah kelemumur dihadapi oleh kaum wanita negara ini manakala 37 peratus adalah kaum lelaki. Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah kelemumur tidak mengetahui punca kelemumur dengan jelas. Oleh itu pelbagai tanggapan telah dibuat sebagai faktor penyebab.
      Ada juga yang berpendapat kelemumur terjadi akibat penggunaan pewarna rambut dan ada juga yang menganggap perkongsian sikat rambut merupakan penyebab. Sebenarnya tanggapan ini tidak benar sama sekali!


Kaedah Pengawalan


        Kenapa proses penghasilan sel-sel baru menjadi semakin aktif sehingga mengakibatkan berlakunya kelemumur? Pertambahan koloni mikroorganisma Malassezia furfur mengakibatkan kesan gatal pada kulit kepala dan ini menyebabkan berlaku penggandaan yang ketara dalam proses penghasilan sel-sel baru. Manakala faktor-faktor lain termasuklah kelembapan dan minyak yang berlebihan akibat proses pencernaan yang dilakukan oleh mikroorganisma berkenaan.
        Namun, tanggapan umum mengatakan kelemumur adalah masalah kosmetik dan boleh diselesaikan dengan menggunakan syampu rumusan khas anti kelemumur untuk mengawal keruping-keruping putih pada kulit kepala.

Terdapat beberapa jenis syampu anti kelemumur yang mengandungi agen-agen pembasmi yang tertentu, antaranya:

  •  Sitostatik - mengawal secara perlahan-lahan proses pembentukan sel-sel baru kepada tahap normal, tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan yang boleh mengakibatkan pertambahan mikroorganisma Malassezia furfur.
  • Keratolitik - bertindak menghapuskan lapisan akhir sel-sel dalam korneal dan mengeluarkan lapisan sel berkenaan. Rawatan ini menggunakan bahan asas sulfur dan asid salikilik.
  • Anti mikrob - bertindak mengurangkan jumlah Malassezia furfur dan menghalang pertambahannya.
       Pengawalan yang paling berkesan di antara ketiga-tiga kaedah itu ialah melalui penggunaan agen anti mikrob. Agen ini mampu bertindak dengan berkesan dalam air. Agen anti mikrob bertindakbalas ketika kita mencuci rambut sehinggalah selepas cucian. Ini kerana agen anti mikrob masih melekat pada kulit kepala walaupun pada bilasan terakhir.

*nanti kalau ada kesempatan aku cari alternative lain okay??dan akan aku catat pada blog aku orait bos..

No comments:

Post a Comment