Tuesday, December 28, 2010

kelemumur..

PUNCA KELEMUMUR??


# Kulit kering - punca biasa yang menyebabkan kegatalan dan kulit berkeruping.

# Kulit gatal dan berminyak - menyebabkan kulit bertanda kemerahan dan berminyak.
# Kurang bersyampu
# Masalah kulit seperti psoriasis
# Ekzema pada kulit kepala
# Sensitif pada bahan kimia yang digunakan dalam syampu rambut
# Perubahan hormon
# Tekanan
# Masalah neurologi


      Kelemumur terjadi apabila berlaku peningkatan dalam penghasilan sel-sel baru pada lapisan basal, kecepatan penghasilan sel-sel baru berlaku pada setiap tujuh hari. Dengan tempoh masa yang singkat ini sel-sel yang sedia ada tidak sempat matang, akhirnya keluar daripada kulit kepala menjadi serpihan-serpihan putih tanpa proses pengeringan dan terpisah secara semula jadi daripada lapisan epidermis. Serpihan-serpihan putih yang kelihatan ini dikenali sebagai kelemumur
           Pembentukan kelemumur ini mempunyai kaitan dengan proses penggandaan suatu mikroorganisma berbulu yang dikenali sebagai Malassezia furfur yang bertindak sama ada secara langsung atau menerusi lebihan penghasilan minyak, penghasilan bahan pepejal yang membuatkan kulit kepala gatal dan akhirnya mengakibatkan penggandaan proses penggantian sel-sel baru. Mereka yang mengalami masalah kelemumur yang berpanjangan turut mengalami penipisan lapisan epidermis atas dengan mempunyai sebanyak 10 lapisan berbanding 25 hingga 35 pada kulit kepala yang sihat.
          Namun ada juga pendapat yang mengatakan kelemumur berpunca daripada faktor genetik yang dipengaruhi oleh hormon androgen. Kelemumur amat jarang berlaku kanak-kanak dan biasanya menyerang orang dewasa sekitar usia 50-an.
          Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh satu badan penyelidik sektor pembuatan produk-produk kosmetik, terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab berlakunya kelemumur. Namun yang paling ketara ialah terdapat sejumlah koloni mikroorganisma atau yis yang dikenali sebagai Malassezia furfur atau Pityrosporum ovale. Bentuk Malassezia furfur pada kulit kepala yang sihat adalah seperti flora dan berfungsi sebagai pelindung kepada kulit kepala. Namun, daripada kajian saintis, apabila kelemumur berlaku jumlah mikroorganisma ini turut bertambah dengan banyaknya.
          Penghasilan sebum lebih memburukkan lagi keadaan kulit kepala yang diserang kelemumur kerana sebum adalah sumber makanan mikroorganisma Malassezia furfur. Selain itu, terdapat faktor penyebab lain seperti stress, diet yang tidak seimbang dan pertukaran hormon.


Masalah Yang Biasa Tapi Kompleks


       Kelemumur merupakan masalah kebanyakan penduduk negara ini. Daripada kajian yang dilakukan mendapati 39 peratus rakyat Malaysia atau dengan kata lain setiap seorang daripada dua orang rakyat negara ini mengalami masalah kelemumur sejak tiga bulan yang lalu! Walaupun kita sedia maklum masalah kelemumur dapat diatasi dengan penggunaan produk-produk tertentu tetapi ia menjadi masalah besar kepada wanita yang takut keguguran rambut yang serius dan masalah kulit yang memalukan berbanding dengan kaum lelaki yang hanya bimbang tentang kehilangan rambut mereka.
      Hasil kaji selidik mendapati sebanyak 40 peratus masalah kelemumur dihadapi oleh kaum wanita negara ini manakala 37 peratus adalah kaum lelaki. Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah kelemumur tidak mengetahui punca kelemumur dengan jelas. Oleh itu pelbagai tanggapan telah dibuat sebagai faktor penyebab.
      Ada juga yang berpendapat kelemumur terjadi akibat penggunaan pewarna rambut dan ada juga yang menganggap perkongsian sikat rambut merupakan penyebab. Sebenarnya tanggapan ini tidak benar sama sekali!


Kaedah Pengawalan


        Kenapa proses penghasilan sel-sel baru menjadi semakin aktif sehingga mengakibatkan berlakunya kelemumur? Pertambahan koloni mikroorganisma Malassezia furfur mengakibatkan kesan gatal pada kulit kepala dan ini menyebabkan berlaku penggandaan yang ketara dalam proses penghasilan sel-sel baru. Manakala faktor-faktor lain termasuklah kelembapan dan minyak yang berlebihan akibat proses pencernaan yang dilakukan oleh mikroorganisma berkenaan.
        Namun, tanggapan umum mengatakan kelemumur adalah masalah kosmetik dan boleh diselesaikan dengan menggunakan syampu rumusan khas anti kelemumur untuk mengawal keruping-keruping putih pada kulit kepala.

Terdapat beberapa jenis syampu anti kelemumur yang mengandungi agen-agen pembasmi yang tertentu, antaranya:

  •  Sitostatik - mengawal secara perlahan-lahan proses pembentukan sel-sel baru kepada tahap normal, tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan yang boleh mengakibatkan pertambahan mikroorganisma Malassezia furfur.
  • Keratolitik - bertindak menghapuskan lapisan akhir sel-sel dalam korneal dan mengeluarkan lapisan sel berkenaan. Rawatan ini menggunakan bahan asas sulfur dan asid salikilik.
  • Anti mikrob - bertindak mengurangkan jumlah Malassezia furfur dan menghalang pertambahannya.
       Pengawalan yang paling berkesan di antara ketiga-tiga kaedah itu ialah melalui penggunaan agen anti mikrob. Agen ini mampu bertindak dengan berkesan dalam air. Agen anti mikrob bertindakbalas ketika kita mencuci rambut sehinggalah selepas cucian. Ini kerana agen anti mikrob masih melekat pada kulit kepala walaupun pada bilasan terakhir.

*nanti kalau ada kesempatan aku cari alternative lain okay??dan akan aku catat pada blog aku orait bos..

Thursday, December 16, 2010

pesan dari sahabat

sila baca sehingga habis... dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...(pesan dari sahabat)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).


 pada suatu malam ketika :
                               membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
       
 (a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan  tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad,hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di ataskepala.



PESANAN HAMBA INI

(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.



UNTUK MAKLUMAN :

1.seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.

2.seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.

3.Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.

4.tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.

5. Zulfikar Ali Bhuno telah menerima suratwasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga
menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah.seminggu kemudian beliau telahdijatuhkan
hukuman pancung sampai mati.

6.di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh
Islam.baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.

7.Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya.Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil
dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyatkitnya sukar juga diubatioleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini danb mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. dimana mereka mendapat malapetaka. setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. INSYAALLAH.

PERHATIAN setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah. kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan.
TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM.... SEBAR KAN 20 WASIAT NI KPD UMAT ISLAM .

#saya sebagai seorang bloger tidak pernah mengarahkan sesipa untuk percaya mahupun membantah...kerna sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T.dan yang buruk datang dari hambanya yang jahil ini.Saya hanya berkongsi tentang coretan yang pernah hadir dalam hidup ini....

Monday, December 6, 2010

Tunang tanpa sedar

PERTUNAGAN???


adalah sama seperti kontrak...


  ia merupakan perjanjian diantara dua pihak.namun ramai yg diantara kita tidak yang tidak sedar yang kita telah pun bertunang atau mempunyai tunang perkara ini acap kali berlaku..mungkin ada diantara kita tertanya-tanya dan hairan,,mungkin juga ada yang menafikannya..Oleh itu, teruskan lah membaca...anda mungkin akan merubah persepsi anda.


  Sehubungan dengan perkara diatas,remaja masa kini sering dikaitkan dengan percintaan..tidak kisah lash sama ada cinta monyet,cinta buta mahupun cinta mati..apabila bercinta kita pasti dia adalah milik kita ..."tiada yang lain hanya kau yang satu di hati ku",.pelbagai ungkapan dizahirkan untuk meyakinkan pasangan masing-masing...setiap bait kata-kata akan disemai dengan rasa sayang..yang penuh keikhlasan dari sukma insan yang mencintai...


  Di dalam kontrak,perlu ada pihak yang melakukan tawaran dan seterusnya disambut dengan penerimaaan dan ianya akan dianggap sebagai balasan.Seterusnya,kita dapat lihat perjanjian wujud diantara dua pihak yang dikatakan sebagai kontrak..


  Dalam konteks pertunangan ia adalah meluas antaranya adalah ,."Khitbah" (Bahasa Arab), manakala "bertunang" (Bahasa melayu) adalah muqaddimah atau permulaan kepada "az-zawaj" (Bahasa Arab) manakala nikah atau kahwin (Bahasa Melayu). Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat / perundangan-perundangan Agama Islam. Faedahnya ialah khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk 'at-ta'arruf ' berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau berkahwin.


"Khitbah" juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.(Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq).


"Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak"bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar ( to reserve or booking) makhtubah(tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu.


  Hukum khitbah ini adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie(sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat". Dan Dr. Abd. Karim Zaidan(sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukum "al-istihbab / sunat" ini lebih aula(utama / baik) dari hukum "harus" tadi.


  Dr. Wahbah zuhaili mendefinisikan, pertunangan merupakan menyatakan keinginan untuk berkahwin dengan perempuan tertentu, dan mengetahui perempuan itu atau walinya mengenai pertunanagn tersebut.Ini bermaksud dengan melafazkan kehendak kita untuk memiliki seseorang kita telahpun bertunang denganya... sedar atau tidak itu adalah hakikatnya.fenomena ini telah terjadi kepada majoriti pasangan yang sedang hangat cinta menyintai antara satu sama lain.


  Konklusinya,saya sebagai hamba Allah S.W.T yang jahil serta hina hanyalah meyatakan pendapat dan hendak berkongsi pendapat.Seandainya mempunyai keralatan itu adalah salah dan silap saya..sesungguhnya hubungan yang baik adalah berteraskan al-quran dan berlandaskan ajaran islam...jika kita benar-benar menyayangi seseorang itu jangan lah kita mudah untuk melabuhkan hati kita ke hatinya ...berikanlah sedikit ruang kepadaNya (ALLAH S.W.T.) agar apa sahaja yang kita lakukan memperolehi keberkatan....AMIN









Thursday, December 2, 2010

practical di JKR

uhuee..
hari ney aq n gynk prctcl hve lnch d grace point
(hanis,kak dg,alin,ain,nisa rudy n bob)
okay2 lar ..
tp...
penat lar malar ktawa sja..
n actly kmy ada 10 org prctl..
tdy 2 gynk tke MC coz skit,,cian
awl pgi tdi lagi 'choi'...
bule2 aku lwat dtg..hahahha
padahal mmg slalu lmbt pn kalo p klas..
so merah lar kad aq ..
rmai kunu lctre ckp d JKR teda keja..
sepa ckp 2 argh???
itu auta semua...
pnya maen bnyk fnal account mw kna check..
skrg ney bnyk g tnggl d opis
nsib baik skrg blum kna pcah undr QS msing2..
nda bnyak lar keja aq ney,,
apa2 pn best jgak lar...
KEEP IT UP..(*_*)